Buka Cyber Cafe bawah 10k???Boleh percaya ke???

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya tertarik kepada satu signature yang pernah saya jumpa. Membina Cyber Cafe Dengan Modal RM10,000. Bunyinya agak sukar, namun begitu masih terdapat cara untuk memulakan perniagaan cyber cafe dengan modal kurang 10 ribu.

Terdapat segelintir masyarakat di sekeliling kita menganggap istilah cyber cafe agak kurang tepat dengan perniagaan. Sepatutnya ianya dinamakan Pusat Internet, Pusat Permainan Rangkaian atau sekurang-kurangnya Pusat Komputer Berinternet. Namun begitu, istilah Cyber Cafe atau CC ni sudah sinonim dengan perniagaan pusat komputer berinternet.

Tinggalkan pasal istilah. Bagaimana hendak setup CC dengan kos kurang dari 10 ribu. Pelbagai idea telah dilontarkan dan yang pastinya ada bagus dan ada yang tidak logik.

Untuk memulakan perniagaan, terdapat tiga jenis kos iaitu
1. Kos sebelum memulakan perniagaan
2. Kos semasa memulakan perniagaan
3. Kos semasa perniagaan berjalan
4. Kos untuk menutup perniagaan. (ada jugak, tapi tak perlu fikir..)

Kos sebelum memulakan perniagaan
- kos untuk membuat kajian pasaran, rancangan perniagaan
- kos untuk pra-lesen

Kos semasa memulakan perniagaan
- deposit kedai
- sewa bulan pertama
- surat perjanjian sewa, duti setem
- deposit tnb, air dan telefon
- pemasangan air, telefon, elektrik
- wiring, ubahsuai
- pembelian aset tetap
- pembelian stok

Kos semasa (sepanjang) perniagaan berjalan
- sewa bulanan
- bil air, elektrik, telefon, internet
- lesen pbt, SSM
- lesen software, games (bagi yang menjalankan CC)
- gaji pekerja
- kerosakkan aset
- bayaran balik pinjaman

Begitu banyak perkara dan semuanya memerlukan duit. Apa yang selalunya difikirkan oleh orang yang ingin membuka CC ni ialah pembelian aset tetap (komputer), sewa dan bil. Perkara-perkara lain jarang difikirkan. Setakat ini post ini. Saya memberikan anda masa untuk berfikir tahap logik untuk membuka CC dengan modal RM10 ribu.

Renung-renung & fikir-fikir

MAI 0162274000

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Tumblr

Leave a Reply