Monday, 6 of September of 2010

Panduan

cybercafe.jpg

Sumber : IT Tutor.net
Perniagaan CC ni banyak yang baru bermula. Ibarat tumbuh selepas hujan.
Faktor penting untuk membuka CC ialah
1. Pemilihan Lokasi
2. Pemilihan Hardware
3. Pemilihan corak pengurusan
4. Modal

F1. Pemilihan Lokasi
1. Berdasarkan dekat dengan IPT / IPTA / Kolej
2. Kawasan perumahan
3. Kawasan bandar
Biasanya Faktor pertama akan selalu dipilih. Namun begitu, dari segi permerhatian saya, faktor kedua adalah lebih bagus dari segi pulangan memandangkan persaingan yang kurang dan harga yang menarik.

Kawasan bandar adalah kawasan yang perlu dielakkan. ini kerana faktor sewa, parking berbayar dan tiada perumahan berdekatan.

Pemilihan Hardware / Sistem
Ini adalah berdasarkan konsep cc yang ingin anda buka. Jika konsep Internet sahaja, spec paling minima sudah memadai. Jika internet dan game ringan, spec yang sederhana dan kalau untuk internet dan games yang power, kenalah spec yang power.

Bagi saya pemilihan spec seperti berikut sudah mencukupi.
Intel Pentium 4 1.5 GHz
256MB PC133 Kingston SDRAM
20GB Hard Disk
1.44MB Floppy
Casing
Keyboard
Mouse
Headphone
15″ Monitor
NIC
CD-ROM

Harga : RM 1200 per set. (atau lebih rendah)
Spec ini cukup untuk
1. perisian internet seperti IE, MIRC, YIM dsb
2. Games seperti
Midtown Madness,
War Craft,
Star Craft,
HalfLife,
Counter Strike,
Fifa 2002. (semua tanpa CD)

Peralatan lain yang diperlukan ialah
Network Cable – RM200 segulung
Hub / Switch – 2 X 16 port – RM500 (bergantung kepada model)
printer
scanner

Peralatan bukan elektronik ialah
Meja
Kaunter (2 meja boleh membentuk 1 kaunter)
Kerusi
Wiring
Aircond

Bergantung kepada budget.

Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Leave a comment

You need to be loged to make a comment


Comments RSS TrackBack 5 comments