Monday, 6 of September of 2010

FAQ

Frequently Asked Question (FAQ) –  projek cyber cafe

1)         Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan cyber café ?

Modal diperlukan untuk:

-          bayaran sewa kedai (deposit + sewa bulanan)

-          renovate kedai

-          pakej komputer (rujuk A)

-          pakej pemasangan (rujuk B)

-          kos pengangkutan

-          perabot : meja, kerusi & kaunter

-          peralatan letrik : aircond / kipas

2)         Berapakah bayaran permulaan kepada Crescent Communications ?

- A) Deposit 3 bulan               RM 3,600.00

- A) Ansuran bulan pertama    RM 1,200.00

- B) Wiring Lerik (26 plug)+Wiring Network (13point)  RM 1,500.00

- C) Kos Pengangkutan           RM 1/km

==========

JUMLAH                   RM 6,300.00++

==========

3)         Apakah syarat-syarat untuk memulakan perniagaan ini?

Syarat-syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:-

i)                    premis perniagaan yang strategik

ii)                  salinan pendaftaran perniagaan

iii)                salinan mykad pengarah syarikat (pemilik)

iv)                salinan mykad penjamin

v)                  rancangan perniagaan

vi)                modal untuk bayaran deposit + ansuran bulan pertama

vii)              pengetahuan IT

viii)            cek bertarikh hadapan (PD check) – 8 keping

4)         Bagaimana jika saya tidak tahu mengenai IT?

Jangan bimbang, pihak kami menawarkan kursus IT dan teknikal.

5)         Apakah potensi perniagaan cyber café?

Perniagaan ini amat diminati oleh golongan bumiputra kerana potensi yang tinggi

berdasarkan faktor-faktor berikut:-

i)                    galakan daripada kerajaan dan media

ii)                  internet diminati oleh golongan muda

iii)                potensi keuntungan yang tinggi

6)         Apakah kebaikan menjalankan perniagaan cyber café ?

- bekerja sendiri

- boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan pasaran yang luas

- potensi untuk mengembangkan syarikat dan mewariskan perniagaan

- boleh menambah pengetahuan, kepakaran dan mengaplikasikan kemahiran

- menyahut saranan kerajaan untuk menzahirkan budaya celik IT

7)         Apakah cabaran perniagaan cyber café ?

- keperluan modal yang tinggi terutamanya untuk membeli komputer

- tiada institusi kewangan yang menyediakan pinjaman untuk cyber café

- memerlukan usahawan yang celik IT

- perlu searus dengan kepesatan teknologi komputer yang terlalu pantas

berkembang

8)         Apakah pakej-pakej yang disediakan oleh Crescent Communications Sdn. Bhd ?

(A) Pakej Komputer – ansuran mudah cyber café

INTEL PENTIUM 4

- Speed 2.4 Ghz

- 512MB RAM

- 40GB Hard Disk

- CD-Rom

- 19” Monitor

- Keyboard

- Speaker / Head Phone

- Mouse

- AGP 3D NVidea 32 MB

(B) Pakej Pemasangan

- wiring network

- wiring elektrik

(C) Pakej Penghantaran

(D) Pakej Pengurusan

- kaunter PC

- setting software pengurusan cyber café

- training

9)         Apakah langkah-langkah yang perlu diambil ?

i)          cari dan sewa kedai dilokasi perniagaan yang strategik

ii)         ubahsuai kedai

iii)        dapatkan pakej-pakej yang disediakan oleh kami.

Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks